Followers

Monday 25 March 2013

Kerongsang Adni

Assalamualaikum Semua,

Semalam Miza telah upload Kerongsang Untaian Kasih & Kerongsang Adni di fan page Kerongsang Miza. Di blog ini, Miza hanya sempat upload Kerongsang Untaian Kasih sahaja.

Oleh itu, Miza akan upload Kerongsang Adni sekarang. Jom kita cuci mata dan pilih yang mana berkenan dimata. Jomm...

Owh ya, harga bagi Kerongsang Adni ini hanya RM 6 bagi 1 pcs dan RM 10 bagi 2 pcs. Jika ada yang berkenan, boleh pergi ke fan page Miza ya di Kerongsang Miza di facebook.

Sekian, semoga kita bersua kembali.



































Sunday 24 March 2013

Kerongsang Untaian Kasih

Assalamualaikum semua,

Hari ini Miza telah update kerongsang terkini di Kerongsang Miza. Miza namakan ia sebagai Untaian Kasih. Didatangkan dengan 9 warna pilihan yang cantik dan menarik. Harga bagi semua kerongsang ini ialah RM 6 bagi 1 pcs dan RM 10 bagi 2 pcs. Jom kita cuci mata dan membeli sekarang juga. 


























Saturday 9 March 2013

Hari Kraf Kebangsaan

Semalam Miza berkesempatan mengikuti rombongan Puspanita Hospital Sungai Buloh ke Hari Kraf Kebangsaan di Jalan Conlay. Niat dihati sudah lama ingin ke sana. Cuma masa tidak mengizinkan dan Tuan Suami tidak sudi membawanya.

Niat Miza ke sana bukan ingin membeli barang-barang kraftangan yang sangat banyak dijual di sana. Sebenarnya Miza ingin meninjau peluang niaga baru. Hajat dihati ingin mencari supplier bagi kain batik sutera yang dipakai oleh kakitangan kerajaan setiap hari Khamis. 

Setiap kali pulang ke Kelantan, Miza selalunya tidak sempat untuk mencari gudang-gudang batik ini. Sebenarnya tidak tahu dimana harus bermula dan kemana harus dituju. Alhamdulillah, semalam Miza dapat beberapa pengilang batik dari Kelantan. Nanti mudah untuk mengintai-intai peluang tersebut.

Miza mendapat bonus tambahan bila mana mengunjungi booth yang mempamerkan kerongsang-kerongsang yang diperbuat daripada pewter. Harganya sedikit mahal, namun ianya setanding dengan kualiti yang ditawarkan. Ada sebuah booth yang turut menawarkan servis selepas jualan. Iaitu kita boleh membaiki kerongsang tersebut sekiranya rosak. 

Miza amat berminat dengan kerongsang-kerongsang tersebut. In syaa Allah, Miza akan dapatkannya untuk jualan premium hari raya nanti.

Friday 1 March 2013

Pengenalan

Blog ini diwujudkan bagi menguwar-warkan kehadiran kerongsng Miza dipersada alam maya. In syaa Allah akan sentiasa dikemaskinikan dengan koleksi-koleksi kerongsang terbaru dan terkini.