Followers

Saturday 9 March 2013

Hari Kraf Kebangsaan

Semalam Miza berkesempatan mengikuti rombongan Puspanita Hospital Sungai Buloh ke Hari Kraf Kebangsaan di Jalan Conlay. Niat dihati sudah lama ingin ke sana. Cuma masa tidak mengizinkan dan Tuan Suami tidak sudi membawanya.

Niat Miza ke sana bukan ingin membeli barang-barang kraftangan yang sangat banyak dijual di sana. Sebenarnya Miza ingin meninjau peluang niaga baru. Hajat dihati ingin mencari supplier bagi kain batik sutera yang dipakai oleh kakitangan kerajaan setiap hari Khamis. 

Setiap kali pulang ke Kelantan, Miza selalunya tidak sempat untuk mencari gudang-gudang batik ini. Sebenarnya tidak tahu dimana harus bermula dan kemana harus dituju. Alhamdulillah, semalam Miza dapat beberapa pengilang batik dari Kelantan. Nanti mudah untuk mengintai-intai peluang tersebut.

Miza mendapat bonus tambahan bila mana mengunjungi booth yang mempamerkan kerongsang-kerongsang yang diperbuat daripada pewter. Harganya sedikit mahal, namun ianya setanding dengan kualiti yang ditawarkan. Ada sebuah booth yang turut menawarkan servis selepas jualan. Iaitu kita boleh membaiki kerongsang tersebut sekiranya rosak. 

Miza amat berminat dengan kerongsang-kerongsang tersebut. In syaa Allah, Miza akan dapatkannya untuk jualan premium hari raya nanti.

No comments:

Post a Comment